top of page

Ekstrak timun

 

Ramai orang yang gemar makan timun kerana khasiat yang terkandung di dalamnya.
Kandungan yang terdapat di dalam timun dapat di gunakan bagi tujuan kecantikan,
ubat, makanan dan lain-lain.Timun yang mengandungi pelbagai khasiat ini dikenali juga dengan nama latinnya iaitu Cucumis Sativus.
Amalan mengambil timun sebagai ulam-ulaman bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh badan.Tetapi ianya juga dapat membekalkan nutrisi, vitamin, mineral, dan kandungan gizi yang seimbang.

 
Kelebihan timun untuk menghilangkan jerawat

 

Kandungan mineral dan vitamin yang tinggi di dalam timun,
ternyata bermanfaat dan berguna untuk kulit, seperti kulit wajah.
Timun dapat melembabkan kulit, menganjalkan kulit,
dan melindungi kulit dari sinaran UV  matahari,
serta meredakan bengkak pada kulit wajah.
Timun juga boleh digunakan untuk merehatkan bawah mata yang lesu dengan cara meletakkan kepingan timun di bawah mata dan biarkan ia untuk beberapaminit.

 
Kelebihan timun untuk menstabilkan tekanan darah

 

Timun mengandungi banyak magnesium, serat, dan kalium yang bekerja efektif mengatur keseimbangan tekanan darah. Selain itu, timun berguna untuk mengawal tekanan darah tinggi serta tekanan darah rendah. 

 

 
Kelebihan timun untuk menurunkan berat badan

 

Kandungan timun yang rendah kalori dan mengadungi banyak air, menjadikan timun sebagai diet tepat bagi orang yang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kulit timun mengadungi banyak serat. 

 
Kelebihan timun untuk menguatkan sendi

 

Timun mengandungi silika yang bermanfaat untuk kulit dan kesihatan sendi.Ianya dapat memperkuatkan jaringan ligamen di antara sendi.

 

Kelebihan timun untuk mengubati kencing manis

 

Penghidap penyakit kencing manis disyorkan untuk mengamalkan diet timun kerana ianya mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas untuk menghasilkan insulin. 

 

Kelebihan timun untuk mencegah kanser

 

Timun mengandungi secoisolariciresinol tiga lignan, lariciresinol, dan pinoresinol yang dapat melawan dan mengurangkan risiko menghidap kanser seperti kanser ovari, kanser uterin (kanser endometrium), kanser prostat dan kanser payudara.

 
Kelebihan timun untuk kesihatan jantung

 

Kandungan timun yang kaya dengan kalsium, suatu elemen yang penting bagi tubuh. Kalsium adalah elemen yang baik bagi jantung, dan dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung dengan cara melawan kesan natrium (sodium). 

 
Kelebihan timun untuk Diuretik dan batu karang

 

Timun yang segar dan sihat banyak mengandungi air, mineral, dan vitamin yang bermanfaat untuk diuretik, berperanan untuk membuang toksin atau racun yang ada di dalam tubuh, dan membuang sisa metabolisme dari tubuh melalui urine. Jika selalu mengamalkan mengambil timun secara rutin,ianya dapat membersihkan batu ginjal atau batu empedu.

 

Kelebihan timun untuk sistem pencernaan

 

Sakit seperti perut memulas, lebih asid, sembelit, dan kembung perut dapat diubati dengan memakan timun. Kandungan air yang tinggi dalam timun bermanfaat untuk menghilangkan racun atau toksin, sehingga pencernaan dapat bekerja dan sihat secara semulajadi. 

 
Kelebihan timun untuk melancarkan pembuangan najis

 

Timun mengandungi mineral dan serat yang banyak, bermanfaat untuk melancarkan pembuangan najis.

 

Kelebihan timun untuk meredakan demam

 

Timun juga dapat dijadikan sebagai ubat demam. Cara mengubati demam dengan timun adalah parut 2 – 3 timun, dan diramas parutan tersebut serta ditempelkan di perut. Lakukan cara tersebut hingga demam reda. 

 

Kelebihan timun untuk membunuh cacing di dalam perut

 

Biji timun mengandungi racun alkaloid jenis hipoxanti, bermanfaat memusnahkan cacing dalam perut.

 

Kelebihan timun untuk mengubati batuk

 

Biji timun dapat meredakan batuk,. Caranya ialah campurkan bji timun dengan sedikit garam, lalu gunakan dengan berkumur. Lakukan berkumur selama beberapa kali sehari. 

 

Kelebihan timun untuk menghilangkan jerawat

 

Selain bermanfaat untuk kesihatan dan merawat kulit wajah, timun juga dapat mengubati dan menghilangkan jerawat. Cara menghilangkan jerawat dengan timun adalah dengan menempelkan sedikit hirisan timun pada kawasan wajah yang jerawat. Jika proses ini dilakukan dengan kerap,makin cepatlah jerawat tersebut hilang.

 

 

Please reload

bottom of page